Pengenalan

UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menubuhkan Unit Pengurusan Kualiti pada tahun 2005 untuk menjadikan amalan kualiti satu budaya yang berterusan di kalangan warga UiTM Cawangan Johor. Unit Pengurusan Kualiti memberi bimbingan, perkongsian dan penyebaran maklumat kualiti dengan melaksanakan amalan budaya kualiti yang proaktif. Pemantauan dan penambahbaikan amalan budaya kualiti sentiasa dilaksanakan bagi mencapai kepuasan hati pelanggan.

 

VISI UNIT PENGURUSAN KUALITI 

Menjadi pemangkin kepada gerakan pembudayaan kualiti yang progresif dan pengembahan ilmu secara menyeluruh di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.

 

MISI UNIT PENGURUSAN KUALITI

  • Memberi kesedaran kepada warga kampus bahawa kualiti adalah kunci kejayaan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat DENGAN memastikan pembudayaan kualiti yang berterusan.
  • Berusaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dengan mengaplikasi dan mengintegrasi teknologi terkini JUGA memberi keutamaan kepada maklumbalas pelanggan SERTA pemantauan yang berterusan DEMI menjamin tahap kepuasan tertinggi

  

OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN KUALITI

  • Membudayakan Kualiti yang berterusan melalui Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.
  • Menjadikan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sebagai sebuah universiti unggul melalui pencapaian objektif kualiti UiTM Cawangan Johor.
  • Menjamin persekitaran yang kondusif, infrastruktur Pengajaran dan Pembelajaran yang lengkap serta lanskap yang indah dan mesra alam dengan mewujudkan mekanisma yang berkesan.
  • Melestari pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan dengan menerapkan 7 prinsip Budaya Perdana.
  • Menjamin Pengajaran dan Pembelajaran menepati piawaian MQA

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT PENGURUSAN KUALITI

Menjadikan amalan kualiti satu budaya yang berterusan di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat melalui :-

  • Bimbingan, perkongisan dan penyebaran maklumat kualiti secara telus.
  • Pelaksanaan amalan budaya kualiti yang proaktif di seluruh sistem pengurusan.
  • Pemantauan dan penambahbaikan amalan budaya kualiti untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

 

DASAR KUALITI UiTM CAWANGAN JOHOR

UiTM Cawangan Johor komited untuk mengendalikan Program Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang berkualiti demi melahirkan graduan bumiputera profesional dan beretika yang global serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.

UiTM Johor akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia.